BEKAS penerbit sebuah televisyen ditahan berkaitan dengan pembunuhan adiknya tiga tahun lalu. Jill Blackstone,55, dituduh memberi dadah kepada adiknya Wendy Blackstone pada 14 Mac 2015 dan mengurung di garaj rumahnya di North Hollywood bersama tiga ekor anjing milik mereka, jelas kenyataan Polis Los Angeles. Malah Jill dituduh sengaja membakar garaj tersebut yang menyebabkan Wendy dan dua ekor anjingnya terbunuh. Polis mendakwa kes Jill ketika itu dianggap sebagai kemalangan. "Pihak polis percaya tindakan Jill itu disebabkan kecewa kerana terpaksa menjaga Wendy dan juga masalah kewangan. Wendy merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Jill merupakan bekas penerbit lebih 100 episod drama 'Family Court with Judge Penny' dari tahun 2008-2009. Dia juga turut menerbit drama episod 'The Jerry Springer Show' pada tahun 1993. Menurut laporan, Jill ditangkap selepas kematian Wendy. Dia disyaki terlibat dengan kematian adiknya itu berikutan bukti di tempat kejadian, namun pendakwa tidak menfailkan kes dan Wendy dibebaskan dua hari kemudian. Selepas dua tahun kes itu kembali disiasat. Pada Mac 2018, pihak pendakwara Los Angeles membuka fail dengan dakwaan membunuh dan penganiayaan haiwan serta mendapatkan waran tangkap untuk Jill. Dia kini ditahan di Baltimore dan akan diserah balik untuk perbicaraan di California.