suria

Sebuah kediaman dipenuhi lebih 10,000 Barbie dan pemiliknya adalah...

SETIAP kali nama Barbie disebut, tentunya terlintas di fikiran kanak-kanak perempuan sedang bermain dengan anak patung berambut emas yang cantik menawan itu.

Namun lain pula halnya apabila memasuki ruang sebuah kediaman yang dipenuhi lebih 10,000 koleksi Barbie kerana pemiliknya bukan budak perempuan, sebaliknya seorang lelaki.

Jian Yang mendakwa telah membelanjakan lebih £350,000 (RM1.9 juta) untuk memiliki koleksi patung itu.

Pengarah sebuah syarikat berusia 38 tahun itu telah mereka bentuk kediamannya di Singapura untuk diserikan dengan pelbagai gaya patung Barbie.

Jian telah mula mengumpul patung itu sejak lebih 30 tahun dan telah berhenti mengira bilangannya apabila ia mencecah 9,000.

"Saya meminati Barbie sejak 1984 apabila saya dengan tidak sengaja membuka hadiah Krismas adiknya.

"Sejak itu juga saya mula membeli Barbie, saya tidak mengumpul, tetapi terus membeli.

"Boleh dianggarkan jumlahnya kini mencecah lebih 10,000," katanya yang membelinya di pelbagai lokasi, selain mempunyai kedai pilihannya di Singapura.

Jian juga mempunyai akaun Instagram untuk mengetengahkan kecintaannya kepada Barbie.

"Kira-kira empat tahun lalu, kenalan saya Cheryl mengajar saya bagaimana menggunakan Instagram dan ianya bermula dari saat itu," katanya.

Malahan, Jian tidak menganggap dirinya sebagai pengumpul Barbie, sebaliknya hanya seorang lelaki yang menyukai anak patung.

"Ia sesuatu yang begitu peribadi, bukan bermakna saya gemar bermain dengan anak patung," katanya.

Antara ribuan Barbie yang dimilikinya, koleksi paling mahal dibayarnya mencecah £2,000 (RM11,000).

Bagaimanapun dia tidak menganggapnya sesuatu yang terlalu berharga kerana bagi Jian setiap Barbie yang dimilikinya mempunyai keistimewaan tersendiri.-Metro.uk








Barbie, Jian Yang

Artikel Sebelum

Artikel Lain