suria

Pasangan Rusia bengang, dakwa pekerja resort ajar anak tarian ghairah

PASANGAN suami isteri dari Rusia bertindak membuat laporan polis terhadap pengurusan sebuah resort mewah mendakwa kakitangan hotel tersebut mengajar kanak-kanak bagaimana untuk menari lagu 'Sexy and I know it' dengan cara ghairah.

Pasangan tersebut yang hanya dikenal pasti dalam laporan polis tempatan dengan nama MY, menghubungi polis selepas insiden tersebut, ketika mereka menginap di resort mewah di Nusa Dua, Bali pada hujung Disember 2017.

Peguam mereka, Muhammad Iqbal mengesahkan bahawa anak guamnya memfailkan laporan itu dengan Polis Bali.

Menurut Iqbal, anak kepada pasangan itu telah diarahkan oleh guru tarian untuk membuka baju, menonjolkan dada dan menari dengan iringan lagu tersebut dalam satu persembahan khas untuk kanak-kanak.

"Anak guam kita marah, mereka menyatakan bahawa tarian itu tidak sesuai untuk kanak-kanak," kata Iqbal pada Isnin, memetik Tribun Bali.

Satu lagi gerakan tarian mencadangkan aksi 'hubungan intim' atau 'pergerakan serupa' dengannya, kata peguam itu.

Undang-undang anti-pornografi yang samar di Indonesia membuatkan kemungkinan penafsiran tentang apa yang dianggap lucah di negara ini sukar dinilai.

Bagaimanapun, peguam undang-undang resort berkenaan telah bertindak balas dengan kronologi peristiwa yang sangat berbeza, menegaskan bahawa pasangan yang bertanggungjawab terhadap laporan itu mabuk pada masa kejadian.

Menjelang akhir pertunjukan, MY mula menjerit dan berteriak kepada pelatih tarian dengan bau alkohol yang kuat, dakwa Soni Wijaya, peguam yang mewakili resort itu.

"MY kemudian menuang bir di muka pelatih tarian," dakwa Wijaya.

"Pelatih tarian itu mengabaikan tindakan ganas pengadu, yang kelihatan mabuk dan memilih untuk diam dan mengajak semua kanak-kanak ke belakang pentas untuk menenangkan keadaan," kata Wijaya kepada Tribun.

Jurucakap Polis Bali Heng Widjaja mengesahkan kes ini kepada Tribun Bali dan mengatakan ia masih dalam siasatan.

"Di bawah cadangan penyiasat, ia telah dilaporkan kepada komisen perlindungan kanak-kanak serantau untuk mengawasi hotel yang menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak," wijaya dipetik sebagai berkata kepada Tribun Bali.

tarian ghairah, hotel Bali

Artikel Lain