suria

Tindakan sita kapal Equanimity tak sah

JAKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia pada Selasa memerintahkan tindakan menyita kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan siasatan Amerika Syarikat terhadap skandal 1Malaysia Development Berhada (1MDB) tidak sah dan tidak mengikut undang-undang.

"Kami mengisytiharkan sitaan dilakukan polis tidak sah dan tidak berasas," kata Hakim Ratmoho.

Malah, The Straits Times melaporkan mahkamah sebagai berkata polis Indonesia melakukan kesalahan apabila menyita kapal itu kerana ia terletak bawah bidang kuasa Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia.

Pada 28 Februari lalu, polis Indonesia menyita kapal layar mewah itu di perairan Bali.

Terdahulu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM972.25 juta itu antara aset yang dibeli ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menggunakan dana disalurkan daripada 1MDB.

1MDB, Equanimity

Artikel Berikut

Artikel Lain