suria

Pekerja pusat juvana curi 'fajita' RM4.69 juta dipenjara 50 tahun

Contoh hidangan fajita yang berasal dari Mexico.

SEORANG bekas pekerja pusat juvana Texas, Amerika Syarikat yang mengaku mencuri AS$1.2 juta (RM4.69 juta) fajita (hidangan Mexico) dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun pada minggu lalu.

Pegawai polis pada musim panas lalu menjumpai fajitas diletakkan di dalam peti sejuk milik Gilberto Escamilla yang bekerja di Jabatan Kehakiman Juvana Cameron itu, dia kemudiannya mengakui mencuri dan menjual semula daging yang diperap itu selama beberapa tahun.

"Dia sangat mementingkan diri sendiri. Dia mula melakukan secara kecil-kecilan dan akhirnya tidak terkawal.

"Ia sampai ke saat di mana saya tidak dapat mengawalnya lagi," kata Escamilla.

Penghantaran fajita seberat 800 pound (362 kilogram) ke pusat juvana di San Benito pada musim panas lalu telah mencetuskan tanda tanya kerana pusat tersebut tidak menghidangkan fajita.

Escamilla yang biasanya menerima tempahan itu secara kebetulan tidak bekerja pada hari tersebut.

Senarai invois dan baucer akhirnya membawa pasukan penyiasat kepada Escamilla, ia berjumlah AS$1,251,578.

Penolong Pegawai Daerah Cameron, Peter Gilman meminta hukuman penjara 50 tahun sebagai menghantar 'mesej yang kuat' kepada orang awam dan hakim J. Manuel Banales bersetuju untuk memenuhi permintaan itu. - USA Today

fajita

Artikel Sebelum

Artikel Lain