suria

Sanggup 'berkampung' di luar hospital demi anak raja

Terry Hutt. Foto AP

NAMA Terry Hutt mungkin asing bagi anda, tapi besar kemungkinan anda pernah melihatnya dua kali sebelum ini.

Kali pertama, mungkin pada 2013 dan seterusnya pada 2015 semasa Putera George dan Puteri Charlotte dilahirkan.

Terry merupakan peminat tegar keluarga diraja Britain, dan kemungkinan juga dia adalah orang awam yang paling kerap bertemu dengan Ratu Elizabeth.

Terbaharu, Terry 'berkampung' di luar Lindo Wing, hospital kelahiran anak ketiga Putera William dan Kate Middleton, sejak 11 April lalu.

Dia mengembara dari Weston-Super-Mare, utara Somerset di England dan turut membawa hadiah untuk bayi itu.

Terry menghadiahkan hadiah tabung buat anak ketiga pasangan diraja itu.

Kemunculan Terry semenangnya menarik perhatian ramai termasuk Ratu Elizabeth. - Mirror UK

Terry Hutt

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bank robot pertama dunia

Artikel Lain