LADANG milik Li Yanrong di daerah Zhangqiu di Jinan, wilayah Henan di China menempatkan 300 juta lipas untuk memakan kira-kira 15 tan sisa makanan setiap hari. "Lipas ini tidak gentar terhadap apa-apa yang lembut, keras, masam, manis, pahit atau pedas," kata Li dipetik sebagai berkata. Menurut laporna, China menghasilkan sekurang-kurangnya 60 juta tan sisa makanan di dapur setiap tahun dan kebanyakannya diproses melalui penapaian, sistem yang mahal dan tidak cekap yang mencemarkan alam sekitar. Li berkata, lipas merupakan alternatif, sebagai cara pelupusan sisa makanan yang tidak mencemarkan. Tambahnya, dia mempunyai kira-kira 300 juta lipas dan merancang untuk menambah jumlah itu bagi membolehkan proses pelupusan 200 tan sisa makanan dari Zhangqiu dan bandar-bandar terdekat setiap hari.