REBECCA ZENI berusia 93 tahun ketika dia meninggal dunia pada 2015. Punca kematiannya tidak didedahkan sehingga baru-baru ini apabila ia disingkap oleh seorang ahli patologi forensik. Bekas model itu 'dimakan hidup-hidup' oleh penyakit kudis buta ketika dia menghabiskan sisa hidupnya di rumah jagaan orang tua di Georgia, Amerika Syarikat (AS). Keluarga Rebecca memindahkannya ke Rumah Jagaan Bukit Shepherd pada 2010 selepas dia disahkan menghidapi dementia. Laporan bedah siasat mendapati, wanita itu meninggal dunia akibat septisemia yang berpunca daripada kudis buta yang berkuping. Ahli patologi yang mengendalikan kes Rebecca memaklumkan kemungkinan bekas model itu sudah lama menderita penyakit tersebut. Keadaan tangan Rebecca yang dirakam pada 2015 Rebecca pernah bergelar model di New York dan juga bekerja untuk sebuah stesen televisyen di Chicago serta bekerja di halaman tentera laut. Ahli patologi, Dr. Kris Sperry, menyatakan bahawa autopsi Rebecca adalah yang paling "mengerikan" yang pernah dilihatnya. Sperry percaya sekurang-kurangnya beratus-ratus ribu tungau 'hidup' di dalam badan Rebecca dan mungkin mengalami kematian yang menyakitkan. Jabatan Kesihatan Awam Georgia telah diberitahu tentang wabak tersebut berlaku di rumah jagaan itu pada 2013 dan 2015. Dilaporkan terdapat 35 orang, termasuk kakitangan, terdedah kepada serangan penyakit itu tetapi tiada pemeriksaan dilakukan terhadap kemudahan di situ. Jabatan tersebut hanya menghantar maklumat mengenai kudis buta dan bagaimana untuk merawatnya kepada rumah jagaan berkenaan. Gambar-gambar yang diambil dari tangan Rebecca menunjukkan kulitnya bertukar hitam dan berkuping. Keluarga Rebecca bertindak mengeluarkan saman ke atas Pruitt Health, yang merupakan syarikat yang mengendalikan rumah jagaan terbabit. - Techtimes