suria

Air kencing, najis 'lauk' banduan pesalah seksual

PESALAH seksual di sebuah penjara Scotland mengadu makanan mereka dicampur dengan air kencing, najis dan kasut dipercayai dilakukan banduan lain.

Penghuni di HMP Glenochil berhampiran Alloe berkata, makanan telah disediakan di kawasan banduan jenayah biasa dan mereka menjadikan pesalah seks sebagai sasaran.

Penjara itu yang boleh memuatkan 670 banduan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Harviestoun untuk 300 banduan lelaki dan Abercrombie yang menempatkan 350 pesalah seks.

Seorang pesalah seks yang ditempatkan di kawasan Abercormbie menulis surat kepada majalah Inside Times dan mendakwa makanan yang disediakan di Harviestoun dicampur dengan bahan menjijikkan.

Katanya, kos makanan harian bagi setiap banduan hanyalah serendah £2.30 (RM12.40) dan standard makanan di situ sangat menyedihkan.

"Saya diletakkan di kurungan Abercrombie manakala makanan disediakan oleh banduan biasa yang bekerja di dapur, setiap hari ada isu pasal makanan untuk pesalah seks.

"Ada yang tak masak, tak cukup, malah ditambah dengan bahan-bahan yang mengarut.

"Ada pesalah seksual yang menemui besi, najis manusia, air kencing dan kasut dalam makanan," tulisnya.

Katanya, walaupun bergelar sebagai banduan, dia masih mempunyai hak untuk mendapatkan makanan yang sepatutnya.

Jelasnya lagi, mereka tidak boleh membuat aduan walaupun makanan yang dihantar kepada mereka sudah sejuk.

Seorang jurucakap Pusat Khidmat Penjara Scotland berkata mereka sedang menyiasat dakwaan itu.

"Kami sedar mengenai aduan mengenai makanan di HMP Glenochil dan boleh mengesahkan bahawa aduan mereka sedang disiasat.-Metro.uk




Scotland, Alloe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain