suria

Kru kongsi gambar terakhir pengarah, lima minit sebelum maut dilibas zirafah

-foto Mike Behr

SEORANG pengarah filem terbunuh selepas diserang seekor zirafah ketika melakukan penggambaran haiwan liar di sebuah taman di Afrika Selatan.

Carlos Carvalho, 47, sedang membuat rakaman di sebuah ladang permainan ketika zirafah tersebut, Gerald, menghayunkan leher dan melibasnya di kepala, menyebabkan dia tercampak.

Foto terakhir pengarah Afrika Selatan yang pernah menang anugerah itu telah dikongsi, dengan saksi menceritakan tentang tragedi dahsyat yang berlaku pada Rabu.

Pembantu jurugambar Drikus van der Merwe berkata: "Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan Carlos ketika zirafah itu tiba-tiba mengayunkan lehernya dan melibas kepalanya, menyebabkan dia 'terbang' di udara sebelum tercampak sekitar empat atau lima meter."

Katanya, haiwan itu pada awalnya nampak seperti 'ingin tahu' ketika kru merakamkan dengan lebih dekat bahagian badan dan kakinya.

"Kemudian ketika Carlos sedang melihat melalui lensa kamera, Gerald mengayunkan lehernya dan menyerangnya di kepala.

"Zirafah itu muncul tiba-tiba dan Carlos juga tidak sedar bila ia datang. Dia tidak mengetahui tentang bahaya itu."

Van der Merwe yang terkejut dengan kejadian itu berkata dia sempat merakamkan gambar terakhir Carvalho sebelum dia mati, yang mana gambar itu adalah untuk keluarga pengarah berusia 47 tahun itu.

Gambar terakhir Carlos yang diambil oleh seorang kru produksi, lima minit sebelum dia diserang.

"Kira-kira lima minit sebelum Carlos diserang, dia beri telefonnya kepada saya dan minta saya ambil beberapa keping gambar untuk ditunjukkan kepada anak-anaknya.

"Dia selalu bercakap yang baik-baik tentang mereka dan isterinya, saya rasa sangat simpati dengan mereka."

Kru filem itu berada di Glen Afric, sebuah ladang permainan di mana pelancong boleh melihat dan memberi makan haiwan liar untuk penggambaran filem Jerman, Premium Nanny 2.

Carlos, yang telah memenangi beberapa anugerah termasuk Silver Lion di Festival Filem Cannes pada 2003 telah digegaskan ke Milpark Hospital di Johannesburg, tetapi meninggal kira-kira pukul 9 malam pada Rabu.

Ladang permainan itu terletak di Broederstroom, 64km dari Johannesburg. -The Sun

taman haiwan, Afrika Selatan

Artikel Lain