JAKARTA: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 34 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad membabitkan tiga gereja di Surabaya, pagi Ahad. Jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera berkata, pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti identiti kesemua mangsa. Menurut polis, kesemua serangan berkenaan dilakukan pengebom nekad dan dua kematian disahkan setakat ini manakala 13 lagi mengalami kecederaan. Rakaman visual televisyen turut memaparkan serpihan bangunan bertaburan di pintu masuk sebuah gereja yang dikawal rapi oleh polis. Pihak berkuasa dilaporkan turut menyiasat sama ada terdapat letupan keempat di sebuah gereja lain. - DetikNews