suria

Lagi serangan bom berani mati di Surabaya

INDONESIA sekali lagi dikejutkan dengan serangan bom bunuh diri namun kali ini mensasarkan ibu pejabat polis di Surabaya, pada Isnin, mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh.

Ia berlaku sehari selepas siri serangan bunuh diri yang dilakukan satu keluarga terdiri daripada enam orang termasuk dua kanak-kanak perempuan di beberapa buah gereja.

Media tempatan melaporkan, kesemua suspek itu dipercayai baru kembali dari Syria.

Insiden itu turut meragut 12 nyawa manakala puluhan yang lain cedera.

Menurut jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, rakaman CCTV di lokasi itu menunjukkan seorang lelaki dan wanita menaiki motosikal ditahan di pintu masuk ibu pejabat bagi pemeriksaan sebelum berlaku letupan.

Surabaya, bom

Artikel Lain