suria

Padah polis rogol, rakam aksi

Gambar hiasan.

SEORANG anggota polis di United Kingdom (UK) yang merakamkan dirinya merogol seorang wanita dihukum penjara tujuh tahun.

Paul Rodgers, 29, melakukan serangan ke atas mangsa yang mabuk ketika kejadian. 

Menerusi pendengaran di mahkamah, pesalah seks itu bertindak merakamkan kejadian rogol itu menggunakan telefon bimbitnya.

Ketika kejadian, mangsa menyebut nama lelaki lain.

Paul Rodgers dihukum penjara tujuh tahun di atas tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual. Foto SWNS.com

Rodgers mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual.

Bagaimanapun, dia didapati bersalah susulan perbicaraan pada Rabu.

Rodgers dipenjara selama tujuh tahun dan diarahkan untuk mendaftar sebagai pesalah seks seumur hidup di Mahkamah Leicester Crown di Leicester, UK. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain