LUGANO: Peminat watak adiwira, Deadpool di Switzerland diserbu unit polis antikeganasan selepas menyangka kostum yang dipakainya sebagai fanatik kumpulan militan Daesh. Pencinta komik, Alessandro Botta bersama rakannya, Christian mengenakan pakaian lengkap adiwira terbabit ketika mereka dalam perjalanan menonton tayangan perdana filem Deadpool 2 pada awal minggu lalu. Laman berita, Tio melaporkan polis di Lugano pada asalnya menyangka mereka adalah penyerang ganas kerana berpakaian sedemikian termasuk menutup wajah di tempat awam yang dilarang undang-undang di negara tersebut. "Christian turut membawa replika senjata api. Mereka dikepung polis ketika melalui jalan di kawasan tersebut. "Kedua-dua lelaki itu digari sebelum pihak berkuasa menyedari kesilapan mereka. Kesemua anggota polis terbabit hanya ketawa selepas mengetahui hal sebenar," jelas laporan itu lagi. Mereka dibebaskan dan sempat menonton filem itu. Tetapi, Christian masih perlu membayar denda kerana memakai topeng di tempat awam. - The Sun