MEGHAN MARKLE memakai cincin 'aquamarine' Puteri Diana pada majlis perkahwinan sebagai penghormatan kepada mendiang bonda suaminya itu. Duchess of Sussex, 36, dirakamkan bersama kilauan cincin yang pernah dimiliki Diana ketika Meghan dilihat hadir ke malam resepsi. Ia dipercayai merupakan hadiah perkahwinan yang diberikan oleh Putera Harry yang jelas kelihatan berseri-seri di samping puteri baharu England itu ketika mereka berangkat pergi dari Istana Windsor. Meghan memakai cincin yang mengagumkan itu di tangan kanannya. Puteri Diana pernah memakai cincin tersebut pada sebuah majlis amal. Diana sebelum ini dirakamkan memakai cincin zamrud itu pada sebuah acara amal. Meghan dan Putera Harry, 33, melangsungkan perkahwinan di Gereja St George dalam majlis yang indah dan disaksikan oleh jutaan penonton dari seluruh dunia. Selain cincin Diana, pengantin perempuan diraja itu dilihat memakai gaun leher tinggi putih lily yang diperbuat daripada kain krep sutera dan direka oleh Stella McCartney daripada Givenchy. Kasutnya pula daripada Aquazurra dan dibuat dengan satin sutera dan mesh rona kulit. - Mirror UK