suria

Putera Harry hubungi bekas kekasih buat kali terakhir sebelum berkahwin

Putera Harry dan Chelsy berpisah pada 2011. - Reuters

PUTERA Harry didakwa membuat panggilan penuh emosi kepada bekas kekasihnya, Chelsy Davy sebelum berkahwin dengan Meghan Markle, menurut beberapa laporan.

Duke of Sussex itu menjalinkan hubungan 'putus-sambung' dengan Chelsy selama tujuh tahun dari 2004 hingga 2011 dan pereka barangan perhiasan itu turut dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan diraja itu pada Sabtu lalu.

Seorang lagi bekas kekasih Putera Harry, Cressida Bonas turut menghadiri majlis tersebit yang diadakan di Istana Windsor.

Menurut laporan Vanity Fair, beberapa hari sebelum majlis itu, Putera Harry, 33 dan Chelsy, 32, membuat panggilan perpisahan yang beremosi.

Penerbitan itu mendakwa sumber memberitahu mereka: "Ia adalah panggilan terakhir mereka, panggilan perpisahan sebagai tanda Putera Harry telah memulakan hidup baharu.

"Chelsy sedikit beremosi, dia menangis dan hampir tidak menghadiri perkahwinan tersebut."

Penampilan Chelsy pada majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan.

Putera Harry dan Chelsy kekal sebagai kawan selepas berpisah pada 2011 dan putera tersebut turut menjemputnya ke majlis perkahwinan abangnya, Putera William dan Kate Middleton pada tahun yang sama.

The Mirror UK melaporkan, Chelsy nampak seolah-olah tidak senang ketika duduk di dalam Gereja St George ketika menyaksikan bekas kekasihnya melafazkan ikrar perkahwinan kepada pelakon Amerika Syarikat, Meghan Markle.

Namun, mereka berdua tidak bersengketa dan ketika majlis resepsi, Chelsy mengucapkan tahniah kepada Meghan dan menghadiahkan senyuman ketika memeluk Duchess of Sussex itu dengan erat.

Putera Harry dan wanita kelahiran Zimbabwe itu bertemu ketika mereka berdua belajar di sebuah sekolah berasrama.

Namun, pelajar jurusan undang-undang itu berdepan detik sukar menjalinkan hubungan dengan kerabat diraja kerana hubungan mereka sentiasa menjadi perhatian sehingga menyebabkan mereka akhirnya berpisah.

Putera Harry, Chelsy Davy

Artikel Sebelum

Cerai lepas kahwin 15 minit

Artikel Berikut

Artikel Lain