RATUSAN penyokong Liverpool kecewa apabila terkandas berikutan penerbangan ke Kiev, Ukraine terpaksa dibatalkan. Mereka sepatutnya ke Kiev bagi menyaksikan perlawanan final Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Real Madrid. Penerbangan yang dikendalikan oleh Air Partner Ltd itu ditempah melalui ejen pelancongan Travel Myriad dan Crown Travel, dibatalkan pada saat-saat terakhir. Liverpool mengesahkan mereka yang telah menempah tiket penerbangan itu akan menerima bayaran balik bagi tiket perlawanan mereka. Menurut laporan Liverpool Echo, penumpang yang menempah penerbangan JTA dari Liverpool ke Lapangan Terbang John Lennon pada pukul 6 pagi Sabtu (1 petang waku Malaysia) diberitahu mengenai berita selepas pukul 6 petang Jumaat (1 pagi Sabtu). Kelab itu dalam satu kenyataan memberitahu: "Liverpool FC telah dimaklumkan mengenai lagi pembatalan penerbangan sewa ke Kiev yang dikendalikan oleh Air Partner Ltd dan ditempah menerusi ejen pelancongan Myriad Travel dan Crown Travel. "Mereka yang terjejas oleh penerbangan World Choice Sport yang dibatalkan atau diatur semula, para penyokong yang berkunjung ke Kiev dari Liverpool ke Lapangan Terbang John Lennon bagi penerbangan SVB116 juga berhak memohon bayaran balik tiket perlawanan mereka untuk final Liga Juara-Juara." Jurucakap Myriad Travel berkata: "Kami dengan dukacita memaklumkan bahawa penerbangan nombor 1 (SVB116) ke Kiev telah dibatalkan oleh pengendali JTA dalam beberapa jam terakhir. "Kami telah berusaha untuk mencari sumber alternatif tetapi sudah tidak lagi. Bayaran balik penerbangan akan dikeluarkan secepat mungkin. Tiga lagi penerbangan tidak terjejas," katanya. - Mirror UK