suria

Wanita cantik pilih calon suami lagi tua daripada datuk

SEORANG pelajar politik tekad untuk mengahwini seorang lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya.

Dehenna Davison, 24, yang berasal dari Sheffield belajar di Universiti Hull dalam jurusan politik Britain dan perundangan.

Dia yang juga dikenali sebagai Dee menyertai Parti Konservatif dan berkenalan dengan John Fareham, 59, yang merupakan anggota Majlis Perbandaran Hull.

John berkata: "Orang bertanya di manakan kamu sebelum hadir dalam hidup saya, nampaknya kamu belum lahir lagi pada ketika itu.

"Saya ajak dia minum kopi dan dia tidak memberikan jawapan sehingga saya mengajak dirinya sekali lagi empat bulan kemudian."

Pada 2012, Dehenna bekerja di Parlimen dan John pergi melawat wanita itu, lapor Daily Mail.


Kisah cinta mereka berputik apabila Dee menyokong Parti Konservatif di kerusi Hull Utara dan pasangan itu berdepan dengan seorang pengundi yang sedang mara ketika keluar berkempen.

Kemudian, pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada 2015 setelah John melamar Dee di luar kediaman lamanya di kampung halaman, Bracknell di Berkshire.

"Saya pernah lamar dia sebelum ini, tapi dia suruh saya lakukannya ikut cara yang betul.

"Pada usia saya sekarang, melutut sebelah kaki memang agak sukar. Ia bukan tentang sukar untuk melutut, tetapi susah untuk berdiri semula," kata John.

Namun, tidak semua orang menyokong hubungan mereka, terutamanya datuk Dee.

Datuk wanita itu dilaporkan tidak pernah dapat menerima hubungan tersebut.

Tetapi, bagi Dee, usia bukanlah satu halangan sekiranya dua insan benar-benar mengambil berat antara satu sama lain.

Artikel Lain