SICHUAN: Seorang warga emas di China terpaksa menerima 17 jahitan gara-gara 'kuali terbang' yang jatuh ke atas kepalanya ketika sedang berjalan. Pesara berusia 81 tahun yang dikenali sebagai Wang Juqing, dikatakan sedang berjalan pulang ke rumah melalui sebuah kawasan perumahan di wilayah Jingyan pada 17 Mei lalu apabila secara tiba-tiba sebuah kuali jatuh ke atas kepalanya sebelum terpelanting ke jalan. Juqing yang menanggung kesakitan gara-gara impak tersebut segera dibantu penduduk berhampiran sebelum pasukan paramedik tiba. Warga emas itu terpaksa menerima 17 jahitan dan masih menerima rawatan di hospital. Sementara itu, pihak polis wilayah Leshan memaklumkan kuali berkenaan dipercayai jatuh dari sebuah bangunan 18 tingkat dan cap jari setiap penduduk bangunan berkenaan telah dikumpull bagi mengenal pasti pelaku. - Dailymail