suria

Bayi 5 bulan dilarikan cimpanzi

-foto New Vision

KAMPALA: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan dilarikan sekumpulan cimpanzi di kampung Kyamajaka di wilayah Kagadi, barat Uganda.

Ibu bayi berkenaan Oliver Kemigisa memberitahu New Vision, kejadian berlaku pada malam Ahad ketika sedang menyediakan hidangan makan malam di rumahnya sementara bayinya dikenali Rachael Karungi berada di beranda.

Sebaik mendengar tangisan bayinya, Kemigisa pergi ke beranda dan mendapati kira-kira 20 ekor cimpanzi mengelilingi bayinya.

Beberapa ekor lagi cimpanzi cuba untuk melarikan seorang lagi anaknya berusia tiga tahun yang sedang menangis ketika itu.

Ketika Kemigisa cuba berusaha menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu, bayinya dilarikan cimpazi tersebut.

Karungi dilarikan ke kawasan belukar berhampiran, penduduk kampung cuba membantu dan mengejar cimpanzi berkenaan.

Bayi itu kemudian berjaya ditemui dengan bantuan penduduk kampung dan dihantar ke pusat perubatan Muhorro III untuk jalani pemeriksaan. -Bernama

cimpanzi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain