suria

Jual tanah nak jahit bendera

DHAKA: Demi membuktikan sokongan terhadap pasukan Jerman yang bakal beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018, seorang petani di Bangladesh gigih menjahit bendera negara itu sepanjang 5.5 kilometer.

Warga Bangladesh, Amjad Hossain, berkata, kecintaannya terhadap negara itu bermula setelah sembuh daripada masalah batu karangnya dengan menggunakan ubat homeopati yang dihasilkan di Jerman.

Hossain yang berusia 69 tahun itu mula menjahit bendera berkenaan ketika Jerman menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij itu pada 2006 juga sanggup menjual tanah miliknya untuk membeli kain yang secukupnya bagi menghasilkan bendera negara pasukan kegemarannya itu.


"Saya meminati pasukan Jerman kerana permainan mereka yang 'cantik'," kata Hossain.

Bendera yang telah siap itu dipertontonkan kepada umum di kampung halaman Hossain di Magura pada Selasa lalu.

Petani itu turut bercadang mempamerkan hasil kerjanya di stadium tempatan sekiranya pasukan Jerman berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan terbabit.

Hossain dianugerahkan keahlian seumur hidup kelab rasmi peminat pasukan Jerman.

Ketika Piala Dunia 2014, sewaktu bendera itu hanya 3.5 km panjang, kedutaan Jerman di Bangladesh menganugerahkannya keahlian seumur hidup kelab rasmi peminat pasukan Jerman, jersi pasukan dan sijil penghargaan . - BBC

Jerman, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hujan najis dari pesawat!

Artikel Lain