LOUISE Palai terpaksa menghukum dua anak perempuannya kerana terlalu bising ketika membeli-belah di sebuah pasaraya di Derbyshire. Tindakan Palai mendenda Alisa,6, dan Ebony,7, mendapat pujian daripada pengunjung lain apabila denda yang dikenakan itu berkesan. Dia mengarah dua anaknya itu duduk dan tunduk mengadap bahagian sayur sehingga mereka kembali berkelakuan baik. Sebelum itu, kedua-dua kanak-kanak itu membuat bising dengan berlari-lari di dalam pasaraya itu dan menjerit-jerit sesama mereka. Palai memberitahu kepada Derby Telegraph, taktiknya itu berksesan berbanding dengan memukul atau memarahi mereka. "Mereka tidak akan membuat kacau lagi apabila mengarahkan mereka duduk dalam pasaraya itu. "Mereka mula membuat perangai apabila menyedari ada orang melihatnya. "Saya tidak kisah berapa usia anak-anak saya, mereka perlu belajar jaga kelakuan apabila berada di tempat awam," jelasnya.