suria

Putera Harry-Meghan dibimbangi terkena Zika

PUTERA Harry dan Meghan Markle tidak berahsia bahawa mereka ingin memulakan kehidupan berkeluarga secepat mungkin.

Duke dan Duchess of Sussex merancang untuk melawat Australia, New Zealand dan pulau-pulau Pasifik Selatan sebagai lawatan utama luar negara pertama mereka pada Oktober.

Bagaimanapun, Harry dan Meghan yang turut merancang perjalanan ke Fiji dan Tonga telah mencetuskan kebimbangan disebabkan virus Zika dan wabak demam denggi di pulau-pulau tersebut.

Zika boleh menyebabkan komplikasi bagi bayi yang belum lahir dan kini terdapat kebimbangan lawatan itu boleh menjejaskan rancangan mereka untuk mempunyai cahaya mata.

Wanita hamil dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan yang dikaitkan dengan virus Zika, kerana penyakit ini boleh menyebabkan keadaan yang mana bayi dilahirkan dengan kepala kecil yang tidak normal.

Sumber berkata: "Duke dan Duchess akan mendapat nasihat di peringkat tertinggi sebelum membuat keputusan dan merancang perjalanan."

Pejabat Luar Negeri menasihati: "Pasangan harus mengikuti panduan pencegahan penularan seksual Zika dan mengelakkan kehamilan semasa perjalanan dan sehingga enam bulan selepas pulang."

Ini mungkin membuatkan Meghan, yang mencecah usia 37 tahun pada 4 Ogos ini akan cuba hamil sehingga Mei 2019.

Beberapa sumber telah mencadangkan Meghan mungkin akan melepaskan perjalanan tersebut sekiranya dia hamil sebelum Oktober.

Pejabat Luar Negara juga memberi amaran tentang wabak denggi baru-baru ini di Fiji, menyatakan 'beberapa kes demam mungkin membawa kematian'.

Sumber berkata: "Setiap langkah berjaga-jaga akan diambil. Kesihatan pasangan diraja secara semulajadi sangat penting." -MirrorUK

Zika, lawatan, Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Lain