suria

“Panggil saya Mr. President” - Presiden Perancis tegur pelajar sekolah

Macron.

KEBANYAKAN ahli politik di seluruh dunia gemar bergambar bersama rakyat, termasuklah mengambil swafoto bersama mereka.

Begitu juga dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang kelihatan gembira melakukan aktiviti tersebut apabila keluar menemui orang awam.

Namun, seorang remaja bertindak kurang manis apabila mengucapkan: "Apa khabar, Manu?," ketika lawatan rasmi yang diadakan oleh presiden tersebut dekat Paris pada Isnin.

Wajah remaja itu merah padam selepas dia mendapat jelingan tajam daripada Macron.

"Tidak, awak tidak boleh buat begitu, tidak, tidak, tidak, tidak," kata Macron kepada remaja tersebut yang menunggu bersama sekumpulan rakannya untuk berjumpa dengan presiden berkenaan ketika lawatan ke Mont Velerien.

Lawatan tersebut bersempena acara memperingati anggota French Resistence yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua.

"Minta maaf, Mr President," kata remaja tersebut yang segan dengan perbuatannya.

Tetapi, Macron tidak membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja.

Beliau berkata: "Awak berada di sini, dalam majlis rasmi dan awak sepatutnya menjaga kelakuan.

"Awak boleh bergurau tapi hari ini adalah Marseillaise. Jadi, awak perlu panggil saya 'Mister President' atau 'Sir'. Ok?," katanya.

Kejadian itu yang sempat dirakam telah tersebar secara meluas di laman sosial. - Raw Story

Emmanuel Macron

Artikel Sebelum

Artikel Lain