suria

Upah orang potong kemaluan suami gara-gara curang

NEW DELHI: Gara-gara tidak tahan dengan sikap suami yang gemar berfoya-foya, seorang wanita nekad mengupah dua lelaki untuk mengerat kemaluan suaminya.

Ayesha, 45, ditahan bersama anak saudara, Nandini, 30 dan suaminya, Pawan Vishwakarma, 35.

Ketiga-tiga mereka dipercayai berkomplot untuk membalas dendam terhadap perbuatan keji suami Ayesha, Dr Shafatullah Khan.

Bagaimanapun, Pawan berpendapat adalah lebih baik jika mangsa dibunuh.

Dua lelaki yang diupah untuk mengerat kemaluan suami Ayesha akhirnya bertindak membunuh mangsa.

Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah rumah di Jabalpur, Madhya Pradesh dengan 12 tikaman di dada manakala leher dan pergelangan tangan turut dikelar.

Jurucakap polis, Shashikant Shukla berkata, dua suspek terbabit masih lagi dalam buruan polis.

Ayesha mengahwini suaminya pada tahun 1991 tetapi lelaki itu menggunakan kedudukannya sebagai doktor untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita termasuk gadis muda.

Mangsa juga didakwa pernah menodai Nandini ketika berusia 11 tahun hingga menyebabkannya mengandung.

Bagaimanapun perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan keluarga untuk menjaga maruahnya.

potong kemaluan, suami

Artikel Sebelum

Artikel Lain