suria

Zuckerberg bakal duduki tangga ke-3 terkaya dunia

MEMILIKI harta mencecah AS$81.6 bilion, pengasas  Facebook, Mark Zuckerberg bakal mengatasi Warren Buffett, pemilik Berkshire Hathaway untuk menjadi lelaki ke tiga terkaya di dunia.

Menurut Bloomberg, Zuckerberg yang lebih muda daripada Buffett memperoleh AS$8.8 bilion tahun ini sejak Facebook mengatasi krisis data peribadi.

Situasi berkenaan telah melonjak saham Facebook sebanyak 18 peratus.

Saham Facebook mencatat AS$152.22 pada 27 Mac dan ditutup pada rekod tertinggi AS$202, sekali gus ia mengurangkan jurang antara Zuckerberg dan Buffett.

Berusia 34 tahun, kedudukan Zuckerberg kini semakin menghampiri Buffett dalam senarai kekayaaan.

Bagaimanapun ia masih jauh untuk menyaingi dua terasas dalam senarai itu.

Mengikut indeks jutawan Bloomberg, Jeff Bezos dari Amazon masih mengungguli carta individu terkaya dunia dengan harta mencecah AS$144.8 bilion diikuti pengasas Microsoft, Bill Gates dengan nilai kekayaan AS$92.8 bilion.
Zuckerberg, Facebook, Buffett

Artikel Lain