HANYA beberapa minit selepas menyewa sebuah kereta mewah, seorang wanita yang memandunya telah memusnahkan kenderaan bernilai £500,000 itu. Visual wanita berkenaan hilang kawalan ketika memandu Ferrari hingga merempuh pembahagi jalan sebelum menghentam sebuah kereta BMW itu juga tular di media sosial. Menerusi klip video itu, wanita yang baru saja keluar dari premis menyewa kereta di Wenling, di timur China di wilayah Zhejian. "Pertama kali memandu Ferrari. Perasaan yang tidak dapat digambarkan, sungguh menakjubkan," kata wanita itu. Insiden yang dirakam saksi kejadian menunjukkan bahagian depan Ferrari itu remuk teruk, sekali gus menyebabkan beg udara berfungsi walaupun wanita berkenaan memandu pada kelajuan sederhana. Kereta mewah itu dibeli pengusaha premis sewa sekitar £463,000 dan kos memperbaikinya dianggarkan mencecah separuh daripada harganya. Tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang menyewa kenderaan itu memiliki insurans bagi membiayai kerosakan Ferrari berkenaan.