suria

Punca anjing pandang dada gadis akhirnya terbongkar

USAHA seorang gadis untuk menyeludup dadah untuk bekalan teman lelakinya yang dipenjara telah digagalkan oleh seekor anjing pengesan.

Chloe Jones, 20, meletakkan 13 pil subutex yang digunakan sebagai pengganti pil heroin di dalam colinya.

Sewaktu melalui pemeriksaan kesihatan, pergerakannya dihalang apabila anjing yang dilatih untuk menghidu bahan terlarang mengesyaki ada sesuatu pada pakaian dalamnya.

Anjing itu memandang tepat ke arah dadanya dan pemeriksaan mendapati dia sememangnya membawa bahan terlarang untuk diseludup masuk.

Pendakwa raya, Ian Wright berkata, pengendali anjing itu melihat Chloe dalam keadaan gementar dan cemas sewaktu berkunjung ke Penjara Swansea.

Curiga dengan gadis itu, pemeriksaan dilakukan ke atas Chloe menggunakan anjing tersebut dan akhirnya tindak-tanduknya terbongkar.

Bagaimanapun Chloe mendakwa sewaktu kejadian, dia terlupa untuk membuang pil berkenaan dia ia bukan dibawa untuk teman lelakinya.

Dia yang berasal dari Glynneath, South Wales bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Sebelum ini, Chloe mempunyai rekod jenayah apabila disabitkan kesalahan mencuri di pasaraya Morrison di Neath.

Dia dan teman lelakinya merupakan penagih dadah jenis heroin.

Chloe, heroin

Artikel Sebelum

Artikel Lain