SEORANG isteri kepada jurugambar perkahwinan yang menyangka suaminya sedang menyunting gambar pelanggan terkejut apabila mengetahui hakikat sebenar kelakuan Phil Davidson. Nonna Winchester hanya mengetahui mengenai hobi jijik suaminya itu selepas pihak polis melakukan serbuan ke rumah mereka. Davidson memiliki pelbagai gambar kanak-kanak yang dicabul. Suami Donna yang digelar seorang pedofil itu menggunakan perkataan-perkataan keji ketika membuat carian bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut sebelum memuat turun ratusan video kanak-kanak semuda 18 bulan. Donna, 38, berasa takut apabila suaminya yang dipenjarakan pada September lalu, sudah pun dibebaskan. "Polis memberi jaminan bahawa dia tidak pernah mencabul anak kami, tapi ia membuatkan saya seram bahawa bapa kepada anak-anak saya ialah seorang yang bahaya. "Tiada penjelasan tentang apa yang dilakukannya. Perkataan-perkataan yang dicarinya membuatkan saya rasa nak muntah. Davidson. "Saya rasa bersalah sebab tak menyedari kelakuannya. "Dia kaburi perbuatan itu dengan fotografi perkahwinan. "Ia membuatkan saya geram bila mengingatkan alasan yang diberikannya pada setiap malam yang dia sedang menyunting gambar." Davidson yang juga seorang pemandu lori ditahan apabila alamat IP pada komputernya dikesan memuat turun bahan lucah. Kata Donna, dia sepatutnya menyedari petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan mereka selama 14 tahun. Memetik laporan Mirror UK, sikap penyayang lelaki itu berubah selepas mereka bertunang pada 2000. Davidson menjadi seorang yang suka menjauhkan diri dan berjaga sepanjang malam untuk bermain permainan video. Namun, hubungan mereka bertambah baik selepas mereka memulakan kehidupan berkeluarga.