SEBUAH kumpulan alam sekitar terpaksa membayar bil telefon yang tinggi, selepas kad sim dalam pengesan jejak GPS yang diletakkan di belakang seekor burung bangau hilang. Kad SIM itu diletakkan pada badan haiwan itu bagi mengumpulkan data tentang laluan migrasi musim dingin. Pada April 2017, ahli-ahli kumpulan EkoLogiczna dari Poland memasang GPS tersebut pada badan Kajtek supaya mereka dapat memantau laluan penghijrahannya ke Afrika, serta tabiat pemakanannya. Pada tahun berikutnya, burung itu terbang kira-kira 6,000 km dan EkoLogiczna dapat mengumpul data yang dimahukan. Tetapi, pada Februari tahun ini, sesuatu yang pelik telah berlaku. Dalam perjalanan pulang dari Afrika ke Poland, Kajtek berhenti di Sudan dan 'atas sebab-sebab yang tidak diketahui' haiwan itu berada di kawasan itu selama lebih dua bulan. Ia juga membuat perjalanan sejauh 25km ke arah berbeza pada siang hari. Kemudian, pada 26 April, isyarat GPS hilang sepenuhnya. Tetapi itu bukan pengakhiran cerita. Bulan lalu, EkoLogiczna terkejut menerima bil telefon sim yang dipasang pada Kajtek pada harga 10,000 PLN (RM10,859) Terdapat penjelasan yang agak mudah untuk difikirkan. "Seseorang mengeluarkan kad itu, memasangnya pada telefon dan menggunakannya selama 20 jam untuk komunikasi," kumpulan alam sekitar Poland menulis di laman Facebooknya. Tidak jelas apa nasib Kajtek...