SEORANG remaja berusia 13 tahun bertindak memasukkan kabel USB dalam zakarnya dan doktor terpaksa melakukan pembedahan selepas ia tersangkut pada pundi kencing. Remaja itu, yang namanya tidak didedahkan, memasukkan kabel berukuran kira-kira 20cm itu ke dalam zakarnya sebelum menyedari dia tidak dapat menariknya semula. Ibu bapanya membawanya ke sebuah hospital tempatan di daerah Linkou di wilayah timur laut China, Heilongjiang, di mana pasukan perubatan menggunakan pelincir dalam usaha menarik kabel itu keluar. Malangnya kabel itu tidak berjaya ditarik malah menyebabkan dia mengalami kesakitan yang teruk. -fotoAsiaWire Dia dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak Harbin pada keesokan harinya. Dokter Xu Liyan, pakar urologi di situ berkata: "Dia memotong salah satu hujung kabel dan memasukkannya ke dalam uretranya (salur kencing). "Kabel itu terkena pundi kencingnya, berselirat dan akhirnya bersimpul, jadi apabila dia cuba menariknya semula, ia tersekat." Doktor Xu berkata dia tidak mempunyai pilihan selain melakukan pembedahan. Mereka memotong pundi kencingnya untuk mengenal pasti kabel yang bersimpul, memotong bahagian berselirat dan mengeluarkan kabel selebihnya melalui zakarnya, cara yang sama ia dimasukkan. Remaja itu mendakwa dia hanya 'ingin tahu' mengenai alat kelaminnya dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa, dua minggu selepas pembedahan. -MetroUK