suria

Remaja 18 tahun rogol nenek 76 tahun

SEORANG lelaki didapati bersalah merogol seorang warga tua ketika memecah masuk ke rumahnya, tiga tahun lalu.

Christo Brown dari bandar Launceston, Tasmania, Australia dituduh menyerang warga emas berusia 76 tahun dan menuntut wang $250 pada Julai 2015, ketika dia berusia 18 tahun.

Pihak pendakwa berkata ujian DNA menunjukkan ia sepadan dengan DNA Brown.

Tetapi peguam Brown, Alan Hensley, berhujah bahawa DNA itu mungkin telah dipindahkan dari sumber sekunder dan tidak semestinya bermakna Brown berada di dalam bilik itu.

Dia berhujah bahawa keterangan mangsa mengenai penyerangnya tidak sepadan dengan Brown.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa berlakunya kejadian pecah masuk dan rogol tetapi berkata isu utama adalah identiti penyerang.

Brown ditangkap di Victoria, minggu selepas kejadian, di mana dia telah pergi ke sana sehari selepas serangan itu.

Dalam video wawancara polis dengan Brown yang disiarkan di mahkamah, dia memberitahu bahawa dia keluar untuk minum dengan bapa saudaranya pada malam kejadian.

Katanya, bapa saudaranya berjalan mengikut arah yang sama dengannya kira-kira pukul 2 atau 3 pagi, tetapi dia memberitahu pakciknya itu supaya tidak menemaninya sepanjang perjalanan.

Mangsa diserang kira-kira pukul 1.40 pagi.

Brown memberitahu polis dia berjalan pulang sendirian, kemudian keluar semula kira-kira pukul 4.30 pagi untuk berjumpa seseorang dan membayar hutang yang dikatakannya bukan berkaitan dengan dadah.

Dia menafikan bertanggungjawab merogol wanita itu dan tidak memberikan penjelasan mengenai DNAnya.

"Tiada komen, tiada komen," katanya.

Brown berkata perjalanannya ke Victoria telah dirancang selama seminggu.

"Saya rancang akan pergi dua hingga tiga minggu dan saya akan kembali," katanya.

Warga emas itu menyifatkan penyerangnya sebagai berkulit cerah dan bertubuh kecil.

Hensley berkata Brown adalah lelaki Afrika yang tinggi, kulit gelap dengan rangka besar dan tidak sepadan dengan keterangannya.

Tetapi pendakwa Peter Sheriff berkata percanggahan itu tidak mengejutkan.

"Bayangkan tekanan, bayangkan betapa letih, bayangkan betapa sukarnya untuk dia mengimbas segala yang dia lihat, segala yang dia alami," kata Sheriff.

"Sebagai manusia, cuba untuk menerangkan apa yang kita lihat dengan mata dan pengalaman kita, menggunakan ... batasan bahasa Inggeris adalah sangat sukar.

"Kita tidak boleh menyimpang dari fakta bahawa bilik itu gelap."

Hakim memerintahkan Brown menjalani penilaian psikiatri dan dijangka hadir di mahkamah pada bulan September. -ABC News

rogol, warga emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain