SEORANG penyokong England terbang ke Rusia untuk menyaksikan Piala Dunia 2018 tetapi terlupa membawa tiket perlawanannya, dilaporkan hilang. Warga Britain, Douglas Moreton tidak dilihat sejak Jumaat lalu, dan kebimbangan itu ditulis oleh salah seorang keluarganya di media sosial. Seorang jurucakap Kedutaan Britain mengesahkan Moreton dilaporkan hilang, dan ia berhubung dengan pihak berkuasa di Rusia untuk mengesannya. Moreton yang berusia dalam lingkuan 50an dan 60an dilihat kali terakhir di Samara sewaktu England bertembung dengan Sweden di suku akhir. Ahli keluarganya memberitahu bahawa Moreton sepatutnya menaiki kereta api pulang ke Moscow, sambil menambah mereka percaya dia telah membuat perjalanan berikutan kad kreditnya digunakan di ibu negara Rusia itu. Moreton yang berketinggian 5 kaki 5 inci, mempunyai aksen Bristol, memakai cermin mata dan jarang mencukur jambangnya sehingga licin. Moreton menjadi tajuk berita utama menjelang pertembungan antara England dan Panama pada akhir bulan lalu selepas terbang ke Rusia untuk menyaksikan perlawanan itu tetapi terlupa membawa tiketnya. Dia bertemu dengan Pengarang ITV News, Dan Howells, yang kebetulan menginap di hotel yang sama. Howells kemudian cuba membantu dengan memuat naik status di Twitter. Sambil memuat naik gambar mereka bersama, Howells berkata: "Ini Douglas. Dia berada di hotel kami di Volgograd. "Kami bertemu dengannya di Nizhny Novgorod dan dia sedar tertinggal tiket perlawanannya di dalam laci di rumahnya di Bristol (Britain). "Jika ada sesiapa yang mempunyai satu tiket lebih, sila beritahu saya." Dia kemudian memuat naik status mengenai dia tidak menjumpai Moreton tetapi berjaya mengesannya menerusi tiket perlawanan. Howells berkata: Encik Moreton, balik ke bilik hotel 40 minit sebelum perlawanan bermula, jadi tak sempat ambil. Seorang lagi ahli keluarga berkata, kad bank Moreton telah digunakan di Moscow pada pagi Rabu. "Harapnya dengan beribu-ribu penyokong di Moscow hari ini, dia dapat dikesan dan ditemui selamat." - Mirror UK