suria

Dr Bumbum cabut lari, pesakit maut selepas disuntik punggung

BRASILIA: Seorang pakar bedah plastik selebriti dikenali sebagai Dr Bumbum kini diburu polis susulan kematian seorang wanita selepas  diberi suntikan untuk membesarkan pinggulnya.

Penyiasat memberitahu suspek, Dr Denis Furtado,  melakukan prosedur ke atas Lilian Calixto di kediaman pakar bedah di Rio de Janeiro pada Sabtu lalu.

Calixto yang juga seorang pengurus melalui perjalanan 2,000 kilometer dari rumahnya di Cuiaba semata-mata untuk mendapatkan khidmat doktor selebriti itu.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh Furtado selepas mengadu tidak sihat di mana keadaannya semakin teruk sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Suspek berusia 45 tahun ini dilaporkan melarikan diri dan hakim telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Doktor yang dianggap memiliki tangan magis itu sering tampil menerusi stesen TV tempatan dan mempunyai hampir 650,000 pengikut di Instagram.

Teman wanita Furtado turut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam prosedur tersebut.

Sementara itu, Majlis Perubatan Wilayah Rio de Janeiro (Cremerj) memaklumkan mereka telah memulakan siasatan berhubung kematian ibu dua anak itu.

Presiden Persatuan Pembedahan Plastik Brazil, Niveo Steffen itu menyifatkan ia sebagai ancaman yang semakin meningkat dalam industri tersebut.

"Anda tidak boleh lakukan pembedahan plastik di apartmen," tegasnya.-AFP

 

Dr Bumbum, Calixto

Artikel Berikut

Artikel Lain