suria

Nahas helikoter: Dua petugas media terbunuh

Foto kredit: Chakkrapan Natanri

BANGKOK: Dua petugas media dikenal pasti antara empat mangsa dalam nahas helikopter milik swasta di wilayah Khon Kaen di timur laut Thailand pada Rabu.

Jurufoto Channel 7, Samnao Noisakul dan Ronnakit Phetnin berada dalam pesawat itu ketika ia terhempas lalu terbakar di kampung Wangsaeng pada 9 pagi (waktu tempatan).

"Channel 7 menyewa  helikopter itu untuk tugasan membuat laporan  berita dan program TV. Pesawat berkenaan sedang menuju ke Khon Kaen untuk mengambil seorang pemberita apabila ia terhempas," kata Pengarah Lapangan Terbang Khon Kaen, Anthaya Lapmark kepada media tempatan pada Khamis.

Pemberita Channel 7 Natchapong Muhammad berkata kejadian berlaku ketika dia menunggu pesawat berkenaan di lapangan terbang itu untuk mengambilnya  bagi  tugasan  membuat laporan tentang kejadian ribut di wilayah Roi Et yang berhampiran.

Dua lagi mangsa dalam nahas itu ialah juruterbang, Seksana Wanna dan pembantunya, Kol.Sinsamut Santhepa dan kejadian dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.

Helikopter "AS355NP" dikendalikan Heliluck Aviation Co itu berlepas dari wilayah Saraburi, sebelum terhempas ketika terbang di ruang udara Khon Kaen.

Para penyelamat berjaya  mengeluarkan mayat kesemua mangsa yang terbakar teruk malam tadi dan dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk bedah siasat.Keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. -Bernama

Helikopter terhempas, media maut

Artikel Sebelum

Padah raba punggung

Artikel Berikut

Artikel Lain