suria

Alkohol punya pasal, wanita sanggup gigit dan telan hidung rakan

SEORANG wanita didakwa selepas dia menggigit hidung rakannya ketika insiden perang mulut dan kemudian menelannya.

Insiden tersebut berlaku selepas mangsa meminta wanita itu meninggalkan rumahnya di Houston, Texas di Amerika Syarikat pada awal pagi Jumaat sehingga mencetuskan perbalahan.

Polis di Harry County berkata, penyerang bernama Jessica Collins, 41, didakwa atas kesalahan bertindak kasar dan menyebabkan kecederaan.

Mangsa pula berkata, kejadian itu membuatkan dia berasa takut untuk keluar daripada biliknya.

"Di sini (bilik) saya rasa selamat," katanya kepada Eyewitness News.

Collins.

Wanita itu memberitahu stesen berita tersebut bahawa dia keluar ke sebuah bar pada Khamis malam bersama jiran dan Collins yang tinggal di sementara sebagai tetamu.

Selepas semalaman berparti, mereka kemudiannya kembali ke rumah mangsa dan Collins mula bersikap agresif dan meminta minuman alkohol serta rokok.

Apabila diminta untuk meninggalkan rumah tersebut, Collins menarik rambut mangsa secara kasar sehingga terjatuh ke lantai.

Tidak lama selepas itu, Collins menggigit hidung mangsa dan menelannya.

Mangsa berkata: "Saya tidak sempat untuk memberikan tindak balas semasa kejadian itu berlaku.

"Saya rasa saya cuba melawan kembali, tapi saya tidak berdaya.

"Apa yang saya ingat, saya terasa seperti ada darah di dalam mulut saya," katanya.

Menurut mangsa, dia pengsan beberapa kali dan tidak sedar hidungnya cedera teruk sehingalah dimasukkan ke dalam ambulans.

"Saya mula menghubungi suami saya ketika berada di dalam ambulans.

"Saya menjerit yang saya sudah tidak ada hidung.

"Saya berumur 28 tahun dan saya sudah tidak ada hidung lagi," katanya.

Rakan-rakan mangsa melancarkan carian dana menerusi laman web GoFundMe untuk membantu mangsa menjalani pembedahan plastik.

Buat masa ini, wang yang berjaya dikumpul adalah sebanyak AS$2,000 (RM8,115)

Mangsa yang tidak mempunyai insurans kesihatan.

Doktor berkata, hidung mangsa perlu disambung semula pada minggu depan atau berdepan risiko pembedahan tersebut tidak akan berjaya.

gigit hidung

Artikel Lain