suria

Bayi berambut 'mop' jadi perhatian

Chanco.

GARA-gara berambut seperti mop, seorang bayi perempuan berusia enam bulan menjadi perhatian netizen dan mempunyai lebih 72,000 pengikut di Instagram.

Chanco dari Jepun diangkat sebagai bayi berambut paling lebat di dunia.

Ibu bapa bayi itu turut terkejut dengan rambut lebat dimilik anak mereka ketika dilahirkan.

Sebuah video yang dimuatnaik secara atas talian pada Selasa menunjukkan rambut bayi itu dipotong dan didandan dengan rapi.

Ibu bapa Chanco berkongsi gambar dan klip video anak mereka sejak Mei dan mendapat perhatian netizen.

Chanco tidak meragam apabila rambutnya 'diusik' pendandan rambut.

Beberapa keping gambar bayi itu dengan pose menarik berserta dengan klip, reben dan aksesori lain di kepalanya turut dikongsi ibu bapa Chanco untuk tatapan pengikutnya.

Video terbaharu menyaksikan Chanco tidak sedikit pun meragam apabila seorang lelaki sedang memotong dan mengayakan rambutnya sambil dipegang ibunya.

Video tersebut mendapat lebih 10,000 tanda suka.

Netizen kebanyakannya terpegun dengan rambut lebat Chanco.

Seorang pengguna Instagram berkata:"Terlalu comel! Saya harap rambut menawan @babychanco tidak dipotong. Anda cantik!."

Dalam rakaman video itu, Chanco dilihat sedang mengigit mainan teether yang mendapat lebih 13,000 tanda suka.

Chanco, rambut

Artikel Lain