suria

Mangsa gagal selamatkan diri, angka korban kebakaran terus meningkat

ATHENS: Kebakaran hutan terburuk melanda Greece sejak sedekad, kini meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di wilayah berhampiran Athens.

Media tempatan melaporkan kebanyakan mangsa terperangkap akibat api marak ketika usaha menyelamatkan diri.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 29 kilometer dari timur Athens itu merupakan yang terburuk pernah melanda Greece sejak Ogos 2007 yang meragut berpuluh nyawa.

Dengan suhu yang dijangka terus meningkat akibat kebakaran hutan yang melanda serata Sweden, pihak berkuasa kini harus bertindak pantas bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Perdana Menteri, Alexis Tsipras turut memendekkan tempoh lawatannya ke Bosnia bagi membantu menyelaraskan pelan tindakan.

Dalam pada itu, Tsipras turut mengisytiharkan darurat di Wilayah Attica sekitar Athens.


Kejadian yang disifatkan terburuk itu memaksa Greece meminta bantuan Kesatuan Eropah untuk memadamkan kebakaran.

Pihak berkuasa wilayah Greek mengisytiharkan keadaan kecemasan di bahagian timur dan barat Athens.Kebakaran pertama berlaku di hutan pain berhampiran perkampungan di pantai Kineta 50 kilometer di barat Athens.

Sekurang-kurangnya 150 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan dibantu  lima pesawat bersama tujuh helikopter.

Kebakaran kedua berlaku petang Isnin di kawasan Penteli timur laut Athens.

Pihak berkuasa tempatan berkata pihaknya berusaha untuk memindahkan kanak-kanak yang menyertai kem musim panas manakala puluhan rumah dan kereta musnah dijilat api.


Greece, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain