suria

Rakaman wanita kencing dalam pesawat tular

SITUASI di dalam pesawat Wizz Air kecoh seketika apabila seorang penumpang bertindak kencing di atas lantai.

Wanita tersebut mendakwa berbuat demikian kerana tidak dibenarkan menggunakan tandas ketika pesawat sedang mengisi bahan api.

Gambar wanita tersebut sedang duduk mencangkung sambil bercakap menggunakan telefon bimbit menjadi tular di media sosial.

Insiden berlaku dalam pesawat Wizz Air yang dijadual berlepas dari London Luton menuju Warsaw, Poland.

Menurut laporan, pesawat itu sedang mengisi bahan api dan penumpang tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa prosedur tersebut.

Dalam video yang tular, wanita tersebut didengar bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya:"Anda perlu bantu saya sebelum pesawat berlepas. Saya kencing di dalam pesawat."

"Saya bertanya kepada anak kapal jika saya boleh gunakan tandas tapi mereka kata tidak boleh buat masa sekarang. Jadi saya kencing di atas lantai, betul-betul di hadapan mereka."

Pasangan warga Britain menegur wanita tersebut dengan berkata:"Adakah anda serius? Ia menjijikkan. Anda sudah dewasa!".

"Ya, saya tahu. Saya sudah bertanya kepada anak kapal," kata wanita itu.

Adegan wanita itu turut dirakam dan video bertajuk 'Penumpang Memalukan' tular di Facebook sejak Isnin.

Wizz Air adalah syarikat penerbangan kos rendah Hungary yang menghubungkan beberapa banyak di sekitar Eropah dengan destinasi di Afrika Utara dan Timur Tengah.

Jurucakap pesawat itu memberitahu Metro.co.uk bahawa salah seorang penumpangnya mengabaikan arahan anak kapal ketika pesawat hendak mendarat.

kencing, Wizz Air

Artikel Sebelum

Artikel Lain