suria

Puluhan dirogol, seorang mati, mayat ditanam bawah rumah

Proses menggali untuk mencari mayat seorang mangsa sedang giat dijalankan. Foto News India 24.

LEBIH 40 gadis didakwa menjadi mangsa rogol di sebuah rumah perlindungan yang dikendalikan kerajaan di utara India.

Sebahagian mangsa di rumah perlindungan yang terletak di bandar Muzaffarpur itu merupakan gadis bawah umur dengan salah seorang daripadanya dipukul sehingga mati dan mayatnya ditanam di bawah premis tersebut.

Polis telah memulakan proses menggali tanah di bawah premis tersebut untuk mencari mayat gadis berkenaan.

Salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu majistret bahawa gadis yang hilang itu dibunuh selepas berselisih pendapat dengan kakitangan di rumah perlindungan tersebut.

Mangsa juga mendedahkan mayat rakannya ditanah dibawah rumah tersebut.

Bercakap kepada pemberita, jurucakap polis Harpreet Kaur berkata:"Buat masa ini tiada bukti ditemui di rumah perlindungan itu, proses penggalian sedang dilakukan.

"Kami melakukan siasatan menyeluruh. Polis melakukan siasatan secara bebas," katanya.

Pemeriksaan perubatan mengesahkan 29 gadis termasuk kanak-kanak bawah umur diserang secara seksual.

Pemeriksaan ke atas mangsa lain sedang dijalankan.

Polis menahan 11 suspek termasuk kakitangan premis tersebut.

Kegiatan itu terbongkar selepas pendedahan ketua pembangkang Tejeswani Yadav yang mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa sengaja menyembunyikan kes tersebut.

Yadav memberitahu pemberita bahawa ahli polis dan pegawai terlibat melakukan perbuatan terkutuk itu dan memaksa beberapa gadis untuk menggugurkan kandungan mereka.

rogol, gadis, rumah perlindungan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain