suria

Pengasuh dapat 'habuan' buka baju depan budak autistik

-Gambar hiasan

SEORANG pengasuh yang didakwa mencabul kanak-kanak lelaki autistik dipenjara tiga tahun oleh mahkamah di Dubai, pada Rabu.

Menurut rekod pendakwaan, wanita berusia 22 tahun dari Filipina itu dikatakan membuka pakaian sebelum menyuruh kanak-kanak berusia lapan tahun itu membelai badannya.

Dia dipercayai mencabul kanak-kanak itu beberapa kali ketika ibu kepada kanak-kanak berkenaan ke luar negara.

Setelah dibicarakan, dia didapati bersalah dan diarahkan supaya dihantar pulang setelah selesai menjalani hukuman penjara.

Kejadian itu dilaporkan pada April lalu di Balai Polis Al Qusais.

Ibu mangsa, suri rumah warga Perancis berusia 43 tahun berkata, dia mengupah wanita itu sebagai pengasuh selama empat bulan.

"Saya terpaksa bawa wanita itu ke pejabat pengambilan pekerja dan memohon untuk membatalkan visanya kerana dia sering menunjukkan perangai tidak elok.

"Saya tak tahu kenapa anak saya mula bertindak agresif dan sudah pandai mencarut.

"Malah, anak saya juga berkelakuan tidak senonoh apabila menyentuh ibu saya dengan cara yang tidak sepatutnya. Saya pelik dengan perubahan sikap itu," katanya.

Perubahan sikap kanak-kanak itu bagaimanapun terbongkar apabila didedahkan oleh seorang lagi pembantu rumah berusia 26 tahun yang bekerja dengan keluarga itu.

Ujarnya, sudah banyak kali dia menyaksikan perlakuan pengasuh terbabit. Namun, dia mendiamkan diri kerana bimbang rahsianya akan dibongkarkan oleh wanita itu.

"Saya pernah marah dia sebab mengambil kesempatan atas kanak-kanak itu tapi dia terus masuk bilik dan kunci pintu.

"Sudah banyak kali dia buat, saya tak laporkan sebab dia ugut mahu pukul saya. Dia juga ugut untuk bongkar kisah cinta saya kepada majikan," ujar pembantu rumah itu di mahkamah. -Khaleej Times

Cabul, Mahkamah, Dubai, Autistik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Angkat ketiak tunjuk iklan

Artikel Lain