suria

Wanita terkejut foto lama terpampang dalam iklan seluruh dunia

SEWAKTU masih bergelar pelajar, Shubnum Khan mengambil bahagian dalam sesi fotografi percuma kerana mahu mendapatkan beberapa keping gambar sebagai koleksi untuk dirinya.

Dia yang kini seorang penulis sama sekali tidak menyangka foto-foto lama itu akan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Selain digunakan untuk iklan imigresen di Kanada, wajah Shubnum turut digunakan dalam iklan McDonald's di China, iklan produk kecantikan serta laman web mencari jodoh.

Menurut Shubnum, juruforo tersebut mengambil gambar 100 individu berbeza menerusi sesi yang dijalankan sekitar enam tahu lepas di Durban, Afrika Selatan.

Shubnum bercerita mengenai bagaimana wajahnya boleh digunakan di seluruh dunia menerusi laman Twitter.

Shubnum bagaimanapun tidak menyedari bahawa dirinya sudah memberi keizinan untuk foto itu digunakan menerusi surat perjanjian yang ditandatanganinya.

"Saya hubungi jurufoto itu dan dia maklumkan saya sendiri telah menandatangi perjanjian itu.

"Dia kata wajah saya mungkin akan muncul di banyak tempat. Saya cuba cari di internet, ternyata banyak foto saya.

"Iklan imigresen di Kanada, iklan karpet di New York, iklan cari jodoh di Perancis, memang wajah saya terpapar di mana-mana sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Shubnum turut membuat penjelasan mengenai perkara itu menerusi laman Twitter miliknya.

Jelasnya, dia sama sekali tidak sedar sudah memberi kebenaran kepada jurufoto itu sehingga wajahnya digunakan secara komersial pada hari ini. - Metro.UK

Afrika Selatan, Iklan

Artikel Berikut

Artikel Lain