suria

Wanita rela turun naik mahkamah demi beri buah pinggang kepada rakan

Gambar hiasan.

SEORANG wanita ingin mendermakan buah pinggangnya kepada seorang rakan yang bertugas sebagai anggota tentera.

Namun, hasrat murninya itu ditentang oleh keluarganya yang turut meminta campur tangan daripada pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Varsha Sharma, 48, dari Rajasthan berjaya membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Karnataka bagi mendapatkan kelulusan untuk pemindahan organ dua individu tidak bersaudara.

Selepas melalui prosedur tersebut selama empat bulan, Varsha akhirnya menjalani pembedahan pada Jumaat untuk memindahkan buah pinggangnya kepada Kolonel Pankaj Bhargava di Hospital Columbia Asia.

Varsha setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan dia masih dirawat di hospital.

Times of India melaporkan, Varsha mula mempersiapkan dirinya untuk menderma buah pinggang sejak Oktober 2017 dan menurunkan berat sebanyak 21 kilogram.

Namun, tentangan daripada pihak keluarga menjadi dugaan terbesar buatnya.

Pada Mei lalu, Varsha menghantar petisyen bagi merayu proses itu dibenarkan secara undang-undang.

buah pinggang

Artikel Lain