SEORANG bapa 'mengerjakan' lelaki yang sedang membuat rakaman di bawah skirt anaknya. Ismael Duarte sedang membeli belah dengan isteri serta anak perempuannya, dan ternampak Jorge A.Ibarra dalam keadaan mencurigakan. Aksi lelaki berusia 29 tahun yang sedang melutut tunduk merakam sesuatu terhadap remaja perempuan itu telah dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Imej CCTV juga menunjukkan Duarte melompat dan menyepak telefon yang dipegang lelaki itu. Dia juga bertindak agresif apabila melihat lelaki itu cuba memadamkan telefonnya. Duarte mendakwa dia telah menghalau Ibarra keluar daripada pusat membeli belah itu, namun merekodkan nombor kenderaannya. Suspek selepas itu ditahan polis dengan tuduhan mengganggu privasi. "Gambar anak saya dan perempuan itu dirakam tanpa disedari - itu yang saya dapat."