suria

Doktor terpaksa cabut gigi bayi umur 12 hari, ibu tak sanggup tengok

-foto Jasmin Heasman

GIGI seorang bayi perempuan telah dicabut pada usianya 12 hari.

Ibu kepada Isla-Rose Heasman, Jasmin, dari Plymouth, Devon, berkata dia tidak pernah menyangka akan membawa anak perempuannya berjumpa doktor gigi pada usia yang sangat muda.

"Ia terpaksa dikeluarkan kerana longgar, dia lebih berani daripada saya, dia tak menangis sangat," katanya.

-foto Jasmin Heasman

Menurut The Seven Trees Dental Access Centre, Isla-Rose adalah pesakit paling muda yang pernah mereka temui tetapi masih mendapat ganjaran dengan diberikan pelekat.

Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi pada usia kira-kira enam bulan dan ada juga gigi yang tumbuh seawal usia bayi empat bulan, dan ada juga selepas setahun.

Isla-Rose diberikan krim kebas sebelum prosedur kerana terlalu muda untuk diberikan anestetik.

Dia menerima pelekat kerana keberaniannya.

-foto Jasmin Heasman

"Saya terpaksa keluar dari bilik dan menangis kerana saya tak sanggup melihat puteri saya sakit.

"Sekarang dia nampak pelik sebab tak ada gigi," katanya.

Menurut BDA (Persatuan Doktor Gigi Britis), kira-kira satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan gigi natal yang mana gigi berada di atas garis gusi ketika kelahiran.

Ia biasanya longgar kerana akarnya tidak berkembang dengan betul.

Penasihat saintifik di BDA, Profesor Damien Walmsley, berkata: "Keadaan ini boleh menyebabkan masalah semasa menyusu, ulser lidah, dan terdapat risiko gigi tercabut tanpa disedari. Bagaimanapun kes-kes ini jarang berlaku." -BBC

cabut gigi, gigi bayi

Artikel Lain