suria

Facebook perkenal ruangan 'internet selamat' kepada remaja

FACEBOOK memperkenalkan ruangan baharu untuk membantu remaja menggunakan internet secara bertanggungjawab.

Ruangan 'Digital Literacy Library' diperkenalkan secara percuma dengan menyediakan topik-topik menerusi rakaman video yang berkaitan dengan privasi, keselamatan internet serta membina hubungan sihat secara atas talian.

Menurut Facebook, ia direka untuk membantu golongan remaja membina kemahiran secara selamat dan dalam masa sama gembira menggunakan teknologi digital ini.

"Terdapat 830 juta remja di seluruh dunia, dan perpustakaan ini adalah sumber untuk belajar dan mengenal digital," jelas Facebook dalam satu kenyataan.

Maklumat termasuk ketagihan media sosial, siber buli dan risiko data peribadi diguna oleh aplikasi yang tidak selamat.

Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain