suria

Wanita sarat mengandung dirogol empat lelaki

Gambar hiasan.

SEORANG wanita sarat mengandung lapan bulan dirogol empat lelaki ketika suaminya diikat dan dikunci di dalam sebuah van.

Wanita berusia 20 tahun itu dan suaminya yang juga pemilik sebuah hotel dalam perjalanan ke Tasgoan di Mangarashtra, India untuk bertemu pekerja baharu.

NDTV melaporkan salah seorang suspek mendorong suami mangsa untuk pergi ke Tasgoan kerana mendakwa mengenali seseorang yang mahukan pekerjaan.

Malah suspek juga meminta suami mangsa untuk membawa bersama wang 20,000 rupee (225 pound sterling) sebagai bayaran pendahuluan.

Namun sebaik sahaja mereka tiba di sana, suspek dan tiga yang lain memukul suami mangsa dengan batang paip, merompak wang dan barang kemas mereka.

Suspek kemudian mengikat suami mangsa dan menguncinya di dalam sebuah van sebelum merogol wanita tersebut.

Suspek turut mengugut pasangan terbabit supaya tidak melaporkan insiden itu kepada polis kerana mendakwa 'tiada siapa akan menghiraukan aduan mereka'.

Pasangan terbabit akhirnya membuat laporan di balai polis Tashoan.

"Salah seorang suspek menghubungi pasangan itu supaya datang ke Turchi Phata kerana mahu memperkenalkan mereka dengan dua lelaki yang berminat untuk bekerja di hotel mereka.

"Empat lelaki lain membawa wanita itu ke dalam sebuah bilik dimiliki salah seorang suspek dan merogol mangsa.

"Semua lapan suspek melarikan diri selepas merompak barang kemas dan wang suami mangsa," kata jurucakap polis Ajay Sindkar.

Menurut Sindkar, tiga suspek berjaya ditahan dan mendakwa mengenali wanita tersebut kerana pernah bekerja di hotel suaminya, enam bulan lalu.

rogol, hamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain