KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia pada pukul 8.06 malam Isnin. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak gempa bumi itu adalah 352km selatan Bima, Indonesia. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Bernama