suria

Tidur bertilam tepi jalan 2 minggu tanda protes

Foto La Prensa

SEORANG lelaki warga Honduras yang diusir dari rumahnya atas dakwaan melakukan keganasan rumah tangga, tidur di tepi jalan di luar balai polis selama dua minggu.

Tindakan Javier Lara, 48, selama dua minggu itu sebagai tanda protes susulan merasakan dirinya dianiaya.

Pesara polis itu memberitahu pemberita bahawa isterinya membuat aduan mengenai keganasan rumah tangga membabitkan dirinya.

Seorang hakim mengarahkan Javier keluar dari rumahnya di San Francisco de la Paz di Olancho, Honduras, Amerika tengah.

Arahan itu dikeluarkan tanpa mendengar penjelasan bagi pihaknya.

Polis tiba di rumahnya, meminta mengemaskan barang dan meninggalkan kawasan itu.

Javier tetap dengan pengakuan bahawa dia tidak pernah memukul isterinya, malah tidak menghina dan sentiasa berusaha melayan pasangannya itu sebagai seorang wanita.

Hakim kemudian berpihak pada dirinya dan dia memutuskan tidur di tepi jalan, di hadapan balai polis, sebagai tanda bantahan.

"Jelas ia adalah kes penganiayaan kerana saya tidak diperdengarkan kepada hakim. Saya diarahkan keluar dari rumah saya pada hari yang sama tanpa dipanggil ke mahkamah."

Berhubung tuduhan isterinya, lelaki itu memberitahu dia tidak bertemu dengan isterinya selama lima bulan.

"Saya tidak boleh dijadi punca keganasan rumah tangga kerana menukar kunci rumah saya. Satu-satu bukti yang dia tunjukkan di mahkamah, tetapi dia tidak tahu saya melakukannya kerana dia tidak berada di sana.

"Apa yang saya beri padanya sejak 18 tahun lalua dalah cinta sejati. Saya tiada duit dan tidak bekerja.

"Saya secara tidak adil diusir keluar dari rumah yang saya bina semasa bekerja di Amrika Syarikat (AS), tanpa ada sesiapa bertanya kepada saya sekiranya mempunyai wang atau tempat untuk tinggal," katanya.

"Orang menyokong saya kerana mereka kenal saya. Saya tiada aduan, saya tidak pernah ditahan." 

Bercakap kepada akhbar La Prensa, dia membawa perkara ini ke mahkamah tidak lama lagi. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain