suria

Kecoh bayi lemas, mulut berbuih dalam pesawat tapi kru enggan buka pintu

SEORANG ibu dirakam merayu kepada kru penerbangan supaya pintu pesawat dibuka selepas bayinya tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih.

Dia memohon kepada kakitangan Pakistan International Airlines dari Paris ke Islamabad untuk membenarkannya mendapatkan udara segar sambil menunggu pesawat berlepas.

Penerbangan mengalami kelewatan selama dua jam dan penyaman udara rosak menyebabkan bayinya panas dan sesak nafas.

Suhu di Perancis pada masa itu dilaporkan 35 darjah celcius.

Dia memohon kepada dua kru kabin dan cuba menyejukkan bayinya dengan mengipasnya.

Penumpang lain juga dilihat masuk campur dengan membuat pertikaian sambil memaksa kakitangan membuka pintu pesawat. Mereka kesal dengan apa yang berlaku dan berkata syarikat penerbangan harus dipersalahkan jika sebarang perkara buruk berlaku kepada bayi itu.

Kakitangan cuba mendapatkan kebenaran untuk membuka pintu tetapi diberitahu mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

Akhirnya wanita itu kembali ke tempat duduknya untuk menenangkan keadaan sementara pelanggan lain terus memaki hamun kakitangan.

Syarikat penerbangan itu berkata penerbangan hanya tertunda selama 30 minit tetapi siasatan telah dilancarkan oleh presiden syarikat.

Mereka mengeluarkan satu kenyataan menyatakan: 'PIA telah mengambil perhatian serius tentang kejadian malang yang berlaku pada PK750. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Musharraf Rasool Cyan telah mengambil perhatian segera dan serius dan telah meminta siasatan terperinci mengenai perkara itu.

“Kelewatan itu adalah selama 30 minit selepas pintu ditutup, pesawat sudah siap untuk ditolak. Walau bagaimanapun, pelepasan Kawalan Trafik Udara tidak diterima dan pesawat itu tidak dapat menghidupkan enjinnya kerana pesawat itu masih berada di landasan.” -metroUK

bayi lemas, pintu pesawat

Artikel Lain